December 29th, 2008 by fache
Skrg dlm hidup aku muncul wanita bernama Anna Althafunnisa. Dgr nama saja buat bergoyang iman aku. Tiba2 hati aku siang mlm mengimpikan Anna. Apa sudah jadi? Susuk dan pesona Anna buat aku jadi x keruan… Tp layakkah wanita sehebat dan sebaik Anna menjadi milik aku yg serba kekurangan. Kami bagai langit dan bumi. Ibarat pipit dan enggang yg x mampu utk terbang bersama. Apa aku harus mengimpikan Anna atau terus melupakannya? Tapi kan jodoh di tangan Allah Taala. Siapa yg mampu menahan kalau itu yg dicoret dan ditakdirkan olehNya. Pasti aku jd lelaki paling bahagia… Oh tidak!!!
Anna punya segala-galanya. Pasti dia jadi buruan ramai pria2 di luar sana yg lebih berpersonaliti hebat dan baik agamannya dari aku. Tapi aku pun mengharapkan cinta aku berlabuh pada tempatnya.. Anna Althafunnisa, mampukah aku miliki?
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 17th, 2008 by fache
Mlm semalam aku dan beberapa org kwn opis menjamu selera di Juara Char Keow Teow di Senawang. Bagi aku boleh tahan la rasanya. ‘Not bad’. Tapi paling best dapat borak2 dan lepak2 dengan kwn2 opis. Kalau waktu kerja mana la boleh banyak bercakap pasal hal2 lain kan kecuali hal kerja. Tak de kesempatan (betol ke??). Tapi yang bab paling bosan bila masing2 nak ajukan hal suri di hati. Pertanyaan yang malas dan tak larat nak jawab. Penat! Tapi dengan profesionalnya aku jawab la mana yang mampu kan. Dengan penuh senyuman dan hikmah, belum sampai seru la kwn2. Kekasihku belum membalas seruan yang telah pun diseru.. Aku dah seru dah. Tapi seruan tu belum dibalas la.
Jodoh itu adalah rahsia Allah S.W.T
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
October 17th, 2008 by fache
Dah lama jari2 aku x menari laju menaip berbaris2 kata di blog ini. Sangat2 lama rasanya. Tiada idea dan agak sibuk rasanya. Tapi malam ni rasa rindu plak nak kembali mengisi dan memenuhi blog ni dengan tajuk2 yg mungkin kita boleh kongsi bersama. Mungkin ada yg membantu sape2 yg membacanya bukan? (Ada ke org yg baca ek). Atau sekadar suka2. Dan mungkin juga utk menghibur hati..
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 14th, 2008 by fache
‘Don’t cry because it is over…. but smile because it happened…maybe ALLAH want’s us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful…’
Posted in Uncategorized | No Comments »
March 23rd, 2008 by fache
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Posted in Uncategorized | 3 Comments »
March 16th, 2008 by fache
Aku bisa menjadi raja yang paling ditakuti
Aku bisa taklukkan segala bangsa di dunia
Tapi apa ertinya bila kau tak cinta
Apa ertinya dunia yang bisa ku genggam
Bila tak ada cinta darimu untuk ku
Aku bukanlah siapa-siapa
Bila tak ada cinta darimu untuk ku
Aku bisa melayang terbang di atas awan-awan
Aku bisa selami palung terdalam di dunia
Tapi apa ertinya bila kau tak cinta
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 28th, 2008 by fache
Dalam 2-3 minggu ni aku terlalu sibuk sangat. Bermula dengan Program Sesama Sayang 21/2/2008 diikuti Kempen Kenali Ubat Anda Port Dickson pada 23/2/2008 rutin kerja aku bertambah sibuk. Mana tak nya, Isnin - Rabu minggu ni aku berdpan dengan lawatan intern auit ISO plak. Tapi alhamdulillah dah selesai pun..
Tapi beban beratmasih tepikul. Kena buat presentation next week sempena Seminar HIV pada Selasa, 4 Mac 2008. Ini lah yang buat iwa aku kacau sangat. Tak boleh nak lelap mata tau. Alahai…
Kemudian 11/3/2008 aku terlibat dengan Kempen Kenali Ubat Anda Seremban pulak. Tapi ini tak lah beban sangat. Dah kalis pun..
Jiwa kacau…… Tolongggg!!!
Posted in Uncategorized | No Comments »
January 18th, 2008 by fache
Menghabiskan hari2 terakhir sbg PRP (housemanship) berbaur mcm2 perasaan. Gembira terutamanya sudah pasti disulami perasaan takut, gementar dan lain2 perasaan yg tak dapat nak diungkapkan & digambarkan. Rasa berat tanggungjawab yg bakal dipikul makin terasa rasa. Mampukah kudrat aku yg selemah ini mampu memikul t/jwb sehebat itu yg begitu kuat dugaan & cabarannya? Persoalan yg sellau bermain2 di benak fikiranku selama ini. Mampukah aku seorg masih ‘putih’ dlm alam pekerjaan disertai ceteknya pengalaman menguruskan unit ini dengan baik & teratur. Puas hatikah mereka dengan prestasi aku nanti?
Tapi kadang2 aku memujuk diri sendiri. Org lain boleh. Takkan aku tak boleh. Jasad yg lemah bernama perempuan pun boleh. Takkan aku yg memang dilahirkan utk memimpin mereka kecut dgn dugaan. Tak boleh, tak boleh.. Aku lelaki ini, mereka perempuan itu. Byk bezanya. Kdg2 pujukan hati ini ada jugak hasilnya. Dpt menenangkan fikiran yg berkecamuk.
Menghitung hari rasa perit. Isnin yg bakal mendatang menyaksikan aku akan berada di tampuk plg atas dlm unit pesakit dalam. Adakah aku akan dilayan seperti bos? Adakah penerimaan yg baik akan diperlukan? Aku harus menunggu saat & ketika itu. Isnin yg pasti tiba..
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
January 3rd, 2008 by fache
Mmm aku ari nie gumbira sket. Mau tak nya, awal pagi aku nyer acting boss call aku kat en4ment. Dia tanya aku abes prp bila. Aku ckp 15hb jan 08. Dia tanya interested mana? Nak hsptal ke nak dok en4ment? Aku ckp hsptal kot. Sbb aku nak praktis dulu… Then dia ckp ok. Dia nak ckp ngn tpknf/pemangku. So aku pun transfer la call. Then acting boss aku call back. Dia kata ok. U masuk hsptal la. Tp xkisah kan in charge mana2. Aku ckp ok jer mana2…
So segala spekulasi terjawab la. Tp apa pun kena la tunggu black n white. Lapor diri 16hb jan 08. X sabar la plak aku. Tp apa pun aku kena siapkan final project aku. Nak present.. Lecehnya!! Tu la yg wat aku sakit jiwa.. Benci sgt!!!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
December 6th, 2007 by fache
Aku skrg tgh bz menyiapkan requirement utk abeskan hosemanship (prp) nie. X sabar nak abes. Tunggu keputusan je nak kena posting mana. Tp sblm tu kena abeskan keje2 nie sblm abes. Tension… Byk benda nak kena diuruskan. Ayo!! Pagal kepala aku nie
Pagi tadi awal2 lagi dok kecoh kat opis aku. Aku sampai je opis terus member2 aku nie suakan paper bharian kat aku. Apa hal plak kan. Ada citer panas sgt ke? Sampai aku x sempat nak duduk. Gosip yg hebat sgt ke?
Rupanya pensyarah aku kat U dulu masuk paper. So dorang tanya la kenal x. Aku ckp kenal.. Xde la best sgt pun citer tu. Tetiba je ilang keterujaan aku nak amek tau. Aku belek2 n baca gak pasal berita apa. Kolum citra. Sbg contoh la. Dlm masa muda dpt jd Tim Dekan..
Posted in Uncategorized | 1 Comment »